branding-&-web-communication

Adi Karya Sdn Bhd dengan jalinan kerjasama bersama .MYNIC Malaysia telah diberi mandat oleh SKMM untuk menjalankan kursus membangunkan laman web yang berteraskan keusahawanan dan penjenamaan.

Kursus ini terbuka kepada individu, usahawan, syarikat, pekerja swasta atau kerajaan dan pelajar yang berminat untuk mempunyai laman web syarikat atau persendirian.

Kursus ini dijalankan selama satu hari secara Fast Track lengkap dengan domain, hosting, website dan pengetahuan tentang hal ehwal dunia secara maya.

Yuran Kursus hanya RM100 untuk setiap peserta. Atau anda boleh menempah secara berkumpulan di tempat anda (organisasi kerajaan / swasta).

Maklumat Kursus

1. Nama Kursus : Branding & Web Communication
2. Jangkamasa : Satu (1) hari. (9.00am – 5.00pm)
3. Tarikh : Ditentukan oleh pihak tuan (penganjur)
4. Sijil : Disediakan untuk semua peserta
5. Yuran : RM100 untuk setiap peserta
6. Bilangan Peserta : 20 – 30 orang untuk satu sesi.
7. PERCUMA
  • 2 Domain (nama-anda.my & nama-anda.net/org/com.my)
  • Hosting (Cpanel)
  • Sokongan Teknikal dari kami.
8. Hanya sediakan
  • Makmal komputer dengan kemudahan internet
  • Makan minum peserta (pagi/tengahari/petang)

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada organisasi awam atau swasta, pekerja, usahawan, individu dan pelajar untuk membangunkan laman web mereka sendiri tanpa memerlukan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan & rekabentuk.

Kursus ini dijalankan selama satu hari secara ‘fast track’ dengan bahan-bahan yang telah disediakan oleh pihak pengajar. Selepas selesai kursus, laman web peserta akan terhasil dan terus beroperasi sepenuhnya. Peserta juga akan didedahkan mengenai tips dan teknik yang betul untuk mempromosi syarikat, perniagaan, skil, video, blog dengan cara yang paling pantas dan mudah di dalam dunia internet. Selain itu teknik pautan kepada facebook, twitter & instagram peserta yang sedia ada juga akan turut disertakan.

Kemuncak bagi kursus ini, laman web anda boleh diakses melalui telefon pintar mudahalih tanpa perlukan komputer dan anda boleh melakukan penambahan, suntingan dan aktiviti di mana-mana sahaja anda berada.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di sini atau email kepada admin@adikaryasb.com.

(En. Adi – 0193969629)