banner

Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Adi Karya Sdn Bhd dengan julung kalinya akan mengadakan sebuah bengkel 3 dalam 1 ‘Very Fast Track Membangun Laman Web, Memohon Geran GMBO RM1000 dan Majlis berbuka puasa’ (Webboiftar2013) kepada peserta-peserta yang berminat.

Maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh :   20hb. Julai 2013 (Sabtu)
Masa :   10.00 pagi – 8.30 malam
Tempat :   Bandar Baru Bangi*
Bilangan Peserta :   20 orang peserta
Yuran :   RM299.00**

* Tempat yang dicadangkan adalah di sekitar Bandar Baru Bangi/Cyberjaya/Putrajaya/UPM Serdang bagi memudahkan peserta dari Seremban/Melaka untuk turut serta. Kami akan memaklumkan tempat bengkel ini akan diadakan apabila senarai penuh peserta dikeluarkan.

** Dengan yuran RM299, anda akan membangunkan laman web perniagaan anda serta layak untuk mendapatkan geran laman web sebanyak RM1000 dari Kerajaan.

Cara Untuk Memohon

Emelkan Nama, Alamat Perniagaan dan Telefon anda untuk dihubungi kepada ‘admin@adikaryasb.com’. Yuran akan dikenakan apabila nama anda telah tersenarai di dalam senarai peserta yang berjaya. Cepat! Tempat adalah terhad.

 

Siapa yang patut menyertai?

  1. Anda tidak perlu kemahiran IT, kami akan lakukan untuk anda ‘on the spot’.
  2. Usahawan atau mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes online.
  3. Usahawan yang layak untuk mendapatkan Geran GMBO RM1k dari kerajaan. (rujuk SKMM)
  4. Usahawan atau mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai realiti dunia cyber.
  5. Usahawan yang berpengalaman dengan blog, facebook, twitter.

 

Apa yang akan anda dapat?

  1. Kenali Laman Web keperluan anda/syarikat anda
  2. Tips Keselamatan data anda di dunia cyber
  3. Kenali Penipuan/Scam di internet
  4. Domain .my anda tersedia
  5. Laman Web anda tersedia (Fast Track)
  6. Teknik Perniagaan Online (Tools)
  7. Permohonan Geran RM1000 GMBO anda ke SKMM
  8. Iftar (Majlis Berbuka Puasa)

 

Kelayakan Untuk Mendapatkan Geran GMBO (Get Malaysian Business Online) RM1K.

  1. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun
  2. Mempunyai Lesen Perniagaan atau Pendaftaran Syarikat
  3. Telah Mendaftar nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan mempunyai laman web yang aktif
  4. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  5. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Jangan risau, anda akan diberi tunjuk ajar bagi menguruskan semua perkara 1-6 di atas dan apabila selesai kursus, anda hanya perlu mempromosikan laman web anda. Semuanya telah tersedia.

 

Perlukan Maklumat Lanjut?

Emel kepada kami di admin@adikaryasb.com atau isi borang pertanyaan di sini. untuk sebarang pertanyaan.